“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”
Sunday, January 20, 2013
PERJALANAN YANG BARU BERMULA 2013
Alhamdulillah hari ini 21 jan 2013...aku masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk menghirup udara,menghela nafas dan meneruskan perjalanan hidup yang masih berbaki yang tidak aku ketahui bila,bagaimana,dimana penamat nya.
Sudah agak lama aku tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini.Ini kerana aku agak sibuk dengan urusan dunia mungkin sehingga aku lupa dengan apa yang terjadi dan apa yang aku lalui.Urusan Akhirat pun masih banyak yang tidak sempurna aku lakukan.Aku kah hamba Mu wahai Allah?
Syukran wahai Pencipta hati dan jasad yang meniupkan roh agar aku menjadi hamba Mu yang taat.Aku lalui hari-hari ini dengan iringan doa di setiap langkah.
Awal tahun lagi aku telah mengalirkan air mata masih lagi ada masalah yang tidak mampu untuk aku uruskan.Rupa nya Allah masih lagi memberikan kasih sayang Nya pada ku.Dia tidak mahu aku melupa kan Nya walau pelbaga andaian sering melintasi hati ini.Ampun kan hamba Mu ini wahai Allah.Sesungguh nya Engkau Maha mengetahui segala nya.Ampun kan segala kekhilafan hamba Mu ini.
Ya Allah ....
Hamba Mu ini sesungguh nya terlalu lemah dan kadang kala tidak mampu untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujian ini tapi diri ini hanya hamba Mu Ya Allah ku berserah,ku merayu dan ku berharap hanya pada Mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment