Sunday, January 20, 2013

PERJALANAN YANG BARU BERMULA 2013



Alhamdulillah hari ini 21 jan 2013...aku masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk menghirup udara,menghela nafas dan meneruskan perjalanan hidup yang masih berbaki yang tidak aku ketahui bila,bagaimana,dimana penamat nya.

Sudah agak lama aku tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini.Ini kerana aku agak sibuk dengan urusan dunia mungkin sehingga aku lupa dengan apa yang terjadi dan apa yang aku lalui.Urusan Akhirat pun masih banyak yang tidak sempurna aku lakukan.Aku kah hamba Mu wahai Allah?

Syukran wahai Pencipta hati dan jasad yang meniupkan roh agar aku menjadi hamba Mu yang taat.Aku lalui hari-hari ini dengan iringan doa di setiap langkah.

Awal tahun lagi aku telah mengalirkan air mata masih lagi ada masalah yang tidak mampu untuk aku uruskan.Rupa nya Allah masih lagi memberikan kasih sayang Nya pada ku.Dia tidak mahu aku melupa kan Nya walau pelbaga andaian sering melintasi hati ini.Ampun kan hamba Mu ini wahai Allah.Sesungguh nya Engkau Maha mengetahui segala nya.Ampun kan segala kekhilafan hamba Mu ini.

Ya Allah ....

Hamba Mu ini sesungguh nya terlalu lemah dan kadang kala tidak mampu untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujian ini tapi diri ini hanya hamba Mu Ya Allah ku berserah,ku merayu dan ku berharap hanya pada Mu.

Thursday, December 8, 2011

PADA - MU KU MEMOHON

Malam bertandang sedang jari jemari ini leka menari -nari melakarkan bait - bait dari detik hati agar ianya menjadi perkataan yang dapat di tatap untuk perhatian si pembaca yang sudi...


Dalam hati ini hanya Allah yang Maha tahu apa yang sedang aku lalui sedang aku rasakan.Tapi harus bagaimana untuk aku zahir kan agar ringan sedikit apa yang aku hadapi ini.Ingin ku kata kan ia nya beban terlalu zalim rasa nya kerana ku tidak pun di zalim oleh pencipta ku malah Dia sangat menyayangi ku.Cuma ujian yang sedikit ini aku rasa kan seperti ini sungguh tidak patut,sedang kan Rahmat dan Nikmat Nya yang aku kecapi terlalu banyak walau pun kadang kala terlupa untuk mengucapkan syukur.Sungguh tidak malu,Ampun kan hamba Mu ini wahai yang Empunya Alam,Kuasa dan segala nya isi dunia.


Ya Allah sebenar nya hamba Mu ini ingin mengadu pada Mu namun tidak tahu dari mana untuk ku mula kan.Ingin ku bertanya tapi tidak tahu bagaimana ku susun ayat -ayat ku agar ianya menjadi bait - bait yang paling baik..walau pun ku tahu walau apa jua perkataan yang ku titipkan telah pun engkau ketahui.Kerana apa jua adalah dari Mu Ya Allah.Cuma aku ingin menzahir kan agar detik hati ku ini di dengari oleh seluruh anggota tubuh ku,agar diri ku tahu apa yang sedang aku alami.Semoga diri ku menjadi lebih tabah.


Ya Allah...sesungguh nya aku ingin mengucapkan rasa syukur ku kerana telah banyak yang ku pelajari,ku alami,ku hadapi,walau pun ku rasa kan sangat payah dan kadang kala tidak adil untuk ku namun itu adalah aturan terbaik yang telah Engkau atur kan untuk ku.Terima kasih Allah.Dikala aku tercari-cari untuk mendekati Mu kau hadir ku sahabat-sahabat yang baik dan sering mengajak ku ke jalan yang engkau redhai,ke arah kebaikan,sering mengingati ku.Terasa kekosongan selama ini telah terisi dengan kehadiran mereka.Syukran Ya Allah.


Ya Allah Ya Rahman....
Sesungguh nya di ketika ini aku sebenar nya amat rindu pada seseorang yang pernah menjadi peneman ku.Mengapa ya..semakin hari kurasakan hubungan kami terlalu jauh.Apakah ini ujian lagi?atau sememang nya ini cara Mu untuk aku tidak mengharapkan sesuatu yang tidak pasti?Berikan ku petunjuk Mu Ya Allah sesungguh nya diri ini hanya Hamba Mu.Tidak mampu untuk aku memikirkan nya.Ya Allah sesungguh nya aku sangat merindui sahabat ku itu.Maaf kan ku Ya Allah kerana merindui orang yang tak sepatut nya tapi aku hanya rindu kerana izin Mu,hanya kerana Mu,kerana dia sahabat ku.Tidak aku tahu bagai mana untuk ku memberitahu pada hati ini.


Ya Allah Ya Rahim...
Seorang demi seorang sahabat ku bertemu dengan insan yang bernama lelaki yang bakal bergelar suami.Walau dalam suka sebenar nya hati ku bersedih.Aku hanya ada satu hanya Engkau wahai pencipta hati.Gembira aku ,sedih ku hanya Engkau yang tahu.Terima kasih kerana telah memberikan ku hati yang sentiasa sabar,sentiasa bersyukur jangan Engkau bolak balik kan hati ini.Tetap kan ia di landasan  nya.


Syukran Ya Allah...tetapkan hati ku ini dengan apa yang telah aku lakukan dan jadi kan ia nya lebih baik lagi.Tetapkan hati dengan Islam,perjuangan,jemaah dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik hanya kerana Mu Ya Allah.

Monday, October 17, 2011

HANYA PADA -MU TEMPAT KU MENGADU

Entah kenapa tiba -tiba malam ini hati ku terasa sayu...sayu sangat-sangat..Aku terfikir mengapa setelah ada nya pertemuan antara kami aku menjadi semakin cemburu.Padahal antara kami tiada apa - apa perjanjian...

Ya Allah....aku bermohon pada Mu sesungguh nya Engkau Maha mengetahui.Aku tidak mampu Ya Allah...hati ku ini milik mu bantu lah aku untuk memujuk hati ku ini jangan biar kan hati ku ini bersedih Ya Allah.

Ya Allah...seandai nya rasa cinta ku melebihi dari cinta ku pada Mu ampun kan aku Ya Allah.Biar kan ras cinta ku ini untuk Mu.Seandai nya dia yang telah Engkau atur kan sebagai jodoh ku ,pelihara lah hubungan kami ini dengan sebaik nya.Redha kan dia untuk ku Ya Allah.Pelihara hati ku ini agar tidak bersangka buruk pada nya.Hamba Mu ini tidak tahu sesungguh nya Engkau yang Maha mengetahui Ya Rabbi...

Ya Allah sesungguh nya Engkau Maha pengatur yang terbaik buat hamba Mu yang kerdil ini.Ampun kan hamba Mu ini wahai Allah sekira nya aku menyalah kan takdir Mu...aku ini hamba Mu Ya Allah.Tidak ada kekuatan tu untuk mengharungi segala ujian Mu melain kan bantuan Mu.

Maaf kan aku wahai Yang Mencipta hati....sekira nya dia yang telah Engkau Redha dan Engkau pilih menjadi suami,imam dan ayah kepada zuriat ku tetap kan la hati nya dan juga hati ku dengan izin Mu.Jangan Engkau bolak balik kan hati kami.Ya Rahman....permudahkan segala urusan kami untuk kami jadikan hubungan kami ini satu hubungan yang berada di dalam redha dan keberkatan Mu.Jauh kan kami dari menjadi ka hubugan kami ini sebagai hubungan yang Engkau murkai.

Ya Rahim...hanya pada Mu aku bermohon , aku berharap,aku meminta ,aku mengadu....sesungguh nya hanya Engkau yang mengetahui isi hati ku ini....

Tuesday, August 9, 2011

BICARA SEPI

Lewat malam ini aku duduk di luar rumah ku.Sengaja aku perhatikan suasana malam dan minda ku mula berlegar mencari-cari arah mana untuk aku cuba meluahkan apa yang terpendam di hati..Ingin aku berkongsi tapi dengan siapa?Ingin aku bertanya tapi siapa orang nya yang sudi mendengar,menjawab,bah kan memberikan aku sedikit ulasan dari apa yang ingin aku luahkan lalu hati ku mula berbisik sayu.Wahai diri cuba kau renung sejenak akan dirimu, satu persatu tentang diri mu.Telah berapa kali kau melakukan perkara yang disuruh dan meinggalkan perkara yang di larang?Kau tahu dosa yang bertimbun yang belum tentu dapat ku runtuhkan dengan basuhan tangisan taubatmu.Kau tahu belum tentu Allah menerima doa dan permohonan mu..Mengapa kau masih leka?Leka dengan belaian keasyikan dunia.Apa yang kau ingin kau pinta dari Nya,bila tidak ditunaikan hati mu memberontak dan terus dengan agenda melupakan Nya...Bagaimana untuk DIA menerima dan memberikan pada mu apa yang kau pinta...Namun kau lupa walau pun begitu DIA terus memberi kan peluang untuk kau menghela nafas mu,melihat ciptaan Nya merasai nikmat nya dan mendapat Rahmat Nya.


Ku lihat di langit...tersenyum melihat bintang yang berkelipan...terasa ingin diri menjadi seperti nya...tidak memikirkan tentang apa yang sedang diri ini mengalami nya.Ahh...bagaimana untuk aku mulakan selagi tidak aku luahkan selagi itu la rasa seperti benda yang terbuku di dalam dada.Banyak benda yang ingin aku bicarakan tentang diri,tentang kehidupan dan tentang jodoh.Semua nya terlalu berat untuk aku lalui.Aku hanya ada DIA.DIA ya DIA...Allah AR-RAHMAN AR RAHIM....Ye aku hanya mampu mengadu pada DIA...


Ya Allah...masih kah sudi Engkau mendengar dan menerima rayuan hamba Mu yang terlalu banayak dosa ini?Apakah Engkau sudi menerima sujud ku?apakah Engkau sudi memimpin hamba MU yang sudah semakin jauh dengan suruhan MU...Semoga masih ada ruang keampunan buat hamba MU ini..dan masih ada kesudian Mu menerima taubat hamba MU ini...


Terima lah hamba mu ini Ya Allah....terima lah taubat ku Ya Allah....Aku berserah pada MU Ya Allah akan ku susuri setiap aturan yang telah Engkau atur kan untuk perjalanan hidup ku...Jangan Engkau biar kan hamba MU ini jauh dari MU ya Allah...Redha dan Rahmatilah hamba MU ini....


Amin Ya Rabbil `alamin...Semoga ada maghfirah buat ku....

Saturday, August 6, 2011

JODOH DAN TAKDIR



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna



Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan


  
Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan









Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan




Saturday, January 15, 2011

JANGAN JADIKAN AKU............



YA ALLAH... 





Jangan jadi kan aku penulis buta 
yang mewarnai keheningan fajar 
Dengan rintihan gerimis dosa 
yang tidak ku ketahui betapa banyak nya 



Jangan jadikan aku pencinta alam 
yang nyenyak tidurnya 
di pangkuan dunia
Yang semakin hari semakin banyak 
cabaran dan semakin kepenghujung 
nya 


Jangan jadikan aku
 perindu sepi 
yang mengharap sejuta
 bintang jatuh keribaan 




Jangan jadi kan aku seperti  
buih-buih di pantai
yang ganas menghempas pantai 
seperti seorang hamba 
yang mendabik dada 
memuntahkan iman 


Jangan jadi kan aku 
seorang pelupa untuk 
menghitung saat-saat 
kehidupan yang berbukit dosa



Jangan jadi kan aku seperti 
seorang musafir hina 
yang lupa bersyukur bila 
mendapat bantuan 

Friday, January 14, 2011

HARI-HARI YANG BERLALU





Aku selusuri setiap saat,setiap detik waktu..masa terus berlalu...segala kisah suka dan duka satu persatu terkubur..namun timbul pula kisah baru yang mengiringi pejlanan hidup ini..semalam hari ini esok lusa dan seterus nya...aku akan tetap melalui nya..walau seribu kepayahan walau sejuta halangan aku kena tempuhi kerana satu kebahagian yang belum aku temui... 



Aku masih lagi mampu menempuhi nya walau kadang kala aku seakan tewas untuk menghadapi nya..namun aku yakin dengan janji - Nya..Allah tak kan menguji aku jika aku tidak mampu menghadapi nya...Alhamdulillah..aku masih lagi mampu tersenyum,dan membuat kan orang 2 yang aku sayang masih lagi tersenyum dan tidak bimbang dengan ku...kerana segala kedukaan aku simpan dan ku kunci rapi dalam hati ku...aku takkan membiar kan mereka-mereka yang ku sayang sedih melihat apa yang sedang aku lalui...biar mereka terus tersenyum melihat telatah ku.....dan biar kan aku sendiri yang menyimpan duka ku....