Malam bertandang sedang jari jemari ini leka menari -nari melakarkan bait - bait dari detik hati agar ianya menjadi perkataan yang dapat di tatap untuk perhatian si pembaca yang sudi...
Dalam hati ini hanya Allah yang Maha tahu apa yang sedang aku lalui sedang aku rasakan.Tapi harus bagaimana untuk aku zahir kan agar ringan sedikit apa yang aku hadapi ini.Ingin ku kata kan ia nya beban terlalu zalim rasa nya kerana ku tidak pun di zalim oleh pencipta ku malah Dia sangat menyayangi ku.Cuma ujian yang sedikit ini aku rasa kan seperti ini sungguh tidak patut,sedang kan Rahmat dan Nikmat Nya yang aku kecapi terlalu banyak walau pun kadang kala terlupa untuk mengucapkan syukur.Sungguh tidak malu,Ampun kan hamba Mu ini wahai yang Empunya Alam,Kuasa dan segala nya isi dunia.
Ya Allah sebenar nya hamba Mu ini ingin mengadu pada Mu namun tidak tahu dari mana untuk ku mula kan.Ingin ku bertanya tapi tidak tahu bagaimana ku susun ayat -ayat ku agar ianya menjadi bait - bait yang paling baik..walau pun ku tahu walau apa jua perkataan yang ku titipkan telah pun engkau ketahui.Kerana apa jua adalah dari Mu Ya Allah.Cuma aku ingin menzahir kan agar detik hati ku ini di dengari oleh seluruh anggota tubuh ku,agar diri ku tahu apa yang sedang aku alami.Semoga diri ku menjadi lebih tabah.
Ya Allah...sesungguh nya aku ingin mengucapkan rasa syukur ku kerana telah banyak yang ku pelajari,ku alami,ku hadapi,walau pun ku rasa kan sangat payah dan kadang kala tidak adil untuk ku namun itu adalah aturan terbaik yang telah Engkau atur kan untuk ku.Terima kasih Allah.Dikala aku tercari-cari untuk mendekati Mu kau hadir ku sahabat-sahabat yang baik dan sering mengajak ku ke jalan yang engkau redhai,ke arah kebaikan,sering mengingati ku.Terasa kekosongan selama ini telah terisi dengan kehadiran mereka.Syukran Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman....
Sesungguh nya di ketika ini aku sebenar nya amat rindu pada seseorang yang pernah menjadi peneman ku.Mengapa ya..semakin hari kurasakan hubungan kami terlalu jauh.Apakah ini ujian lagi?atau sememang nya ini cara Mu untuk aku tidak mengharapkan sesuatu yang tidak pasti?Berikan ku petunjuk Mu Ya Allah sesungguh nya diri ini hanya Hamba Mu.Tidak mampu untuk aku memikirkan nya.Ya Allah sesungguh nya aku sangat merindui sahabat ku itu.Maaf kan ku Ya Allah kerana merindui orang yang tak sepatut nya tapi aku hanya rindu kerana izin Mu,hanya kerana Mu,kerana dia sahabat ku.Tidak aku tahu bagai mana untuk ku memberitahu pada hati ini.
Ya Allah Ya Rahim...
Seorang demi seorang sahabat ku bertemu dengan insan yang bernama lelaki yang bakal bergelar suami.Walau dalam suka sebenar nya hati ku bersedih.Aku hanya ada satu hanya Engkau wahai pencipta hati.Gembira aku ,sedih ku hanya Engkau yang tahu.Terima kasih kerana telah memberikan ku hati yang sentiasa sabar,sentiasa bersyukur jangan Engkau bolak balik kan hati ini.Tetap kan ia di landasan nya.
Syukran Ya Allah...tetapkan hati ku ini dengan apa yang telah aku lakukan dan jadi kan ia nya lebih baik lagi.Tetapkan hati dengan Islam,perjuangan,jemaah dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik hanya kerana Mu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment